MAJLIS PENJENAMAAN SEMULA PEMBANGUNAN KOMPLEKS TUN ABDUL RAZAK (KOMTAR)

TEKS UCAPAN

Y.A.B. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN

MENTERI BESAR JOHOR

SEMPENA MAJLIS PENJENAMAAN SEMULA PEMBANGUNAN KOMPLEKS TUN ABDUL RAZAK (KOMTAR)

DI PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PERSADA JOHOR

PADA HARI SELASA, 04 JUN 2013

JAM 8.30 MALAM

 

 

Bismillahirrahmanirrahim

 

Yang berusaha, Pengerusi Majlis

 

Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ali Hamsa

Ketua Setiausaha Negara;

Merangkap Timbalan Pengerusi Johor Corporation

 

Yang Berhormat Datuk Kamaruzzaman bin Abu Kassim

Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation

 

Yang Berhormat Datuk Haji Obet bin Tawil

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

 

Yang Berbahagia Tuan Haji Ismail Karim

Datuk Bandar Johor Bahru

 

Yang Berbahagia Datuk Ismail Ibrahim

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 

 

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ketua-Ketua Jabatan

 

Tan Sri-Tan Sri, Puan Sri-Puan Sri

Datuk-Datuk dan Datin-Datin

 

Wakil-Wakil Media

 

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

dan salam Satu Malaysia 

 

1. Alhamdulillah, saya merafa’kan kesyukuran ke hadrat Allah SWT. kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya maka saya dapat bersama-sama dengan hadirin semua pada majlis perasmian dan penjenamaan semula pembangunan KOMTAR.

 

2. Saya selaku Pengerusi Johor Corporation, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas undangan ini kepada barisan pengurusan kanan dan anggota Johor Corporation terutamanya Yang Berhormat Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim selaku Ketua Esekutif Johor Corporation.

 

3. Dengan harapan yang menggunung, saya harap kehadiran hadirin pada hari ini akan memberi gambaran yang lebih jelas tentang hala tuju pembangunan dan prospek perniagaan yang ditawarkan menerusi projek penjenamaan semula KOMTAR ini. 

 

Tuan-tuan dan puan-puan,

 

4. Kompleks Tun Abdul Razak, atau ringkasnya KOMTAR merupakan satu-satunya mercu tanda terawal yang begitu sinonim dengan Johor Corporation dan Johor Bahru sejak tahun 1978 lagi. Jelaslah, ini merupakan satu testimoni kejayaan Johor Corporation sebagai sebuah agensi pembangunan dan pelaburan negeri serta menjadi sebuah entiti negeri paling berjaya di Malaysia.

 

5. Johor Corporation kini menceburi enam sektor bisnes utama yang terdiri daripada sektor perladangan, makanan dan restoran segera, perkhidmatan kesihatan pakar, pembangunan hartanah industri dan komersil, perkhidmatan logistik dan pelabuhan serta pembangunan usahawan.

 

Tuan-tuan dan puan-puan,

 

6. Terbinanya KOMTAR dengan imej dan status baru ini  merupakan permulaan kepada proses transformasi bandar raya Johor Bahru ke arah sebuah metropolis paling dinamik di negara ini, sekaligus menjadikan bandar raya ini antara destinasi yang wajib dikunjungi oleh para pelancong domestik mahupun dari serata dunia.

 

7. Inilah potensi sebenar KOMTAR yang dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia Kedua, Tun Abdul Razak Tun Hussein yang juga merupakan Bapa Pembangunan Malaysia dan ayahanda kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia hari ini. 

 

8. Mengambil iktibar daripada usaha Allahyarham Tun Razak membangunkan negara inilah, khususnya menerusi dasar ekonomi baru, Johor Corporation yang juga dilahirkan menerusi aspirasi ini telah membangunkan KOMTAR dengan mengambil kira peranannya sebagai agensi yang memelihara kepentingan rakyat Malaysia, khususnya Bumiputera, di samping peranan sebagai sebuah entiti komersil dan pembangunan negeri. 

 

9. Justeru saya berharap dengan pembangunan semula KOMTAR ini, ia mampu menyediakan lebih banyak peluang perniagaan untuk masyarakat Bumiputera di negeri ini. Usaha untuk membantu membangunkan peniaga bumiputera tidak seharusnya dilupakan malah perlulah dijadikan sebagai agenda berterusan Johor Corporation.

 

10. Antara inisiatif penting yang saya lihat boleh diusahakan oleh Johor Corporation bagi membantu usahawan Bumiputera di negeri ini adalah:

 

i. Merangka satu peluang pemasaran agar para usahawan sedia ada dapat memasarkan produk-produk mereka ke pasaran tempatan mahupun luar Negara

ii. Mewujudkan bidang perniagaan strategik yang boleh dikuasai oleh masyarakat Bumiputera.  

iii. Mengadakan coaching programme bagi membolehkan anak syarikat Johor Coporation membantu para usahawan Bumiputera terus maju dalam bidang perniagaan yang diceburi mereka.

 

11. Hanyasanya, dengan inisiatif-inisiatif berkenaan, saya yakin ia bukan sahaja akan menambah lebih ramai penglibatan masyarakat Bumiputera dalam dunia perniagaan, malah turut menjadikan masyarakat bumiputera mampu untuk bersaing secara sihat bersama rakan-rakan peniaga mereka dari kalangan bangsa lain.

 

Tuan-tuan dan puan-puan,

 

12. Memandangkan majlis hari ini turut dihadiri oleh para peniaga dari luar negara, benarkan saya untuk meneruskan ucapan dalam Bahasa Inggeris.

 

Ladies and gentlemen,

 

13. KOMTAR rebranding and redevelopment project is indeed one of various initiatives undertaken by Johor Corporation in its real estate development sector currently spearheaded by Damansara Assets Sdn Bhd, a wholly-owned subsidiary of Johor Land Berhad which is the residential and commercial engine of Johor Corporation. 

 

14. Having stood tall for over 40 years as a hallmark of the vibrant skyline of Johor Bahru, it is indeed paramount for Johor Corporation to re-evaluate the real potential of KOMTAR; in order to create the multiplier effect of the state’s economy through optimising its value and asset’s realisation. 

 

15. At this juncture, this ceremony, demonstrates Johor Corporation’s continuous commitment to deliver upon its mandate as a state development and investment company attentively achieving both federal and state government’s economic objectives with particular to Economic Transformation Programme or ETP.

 

16. Therefore, I believe the mixed-development of the new KOMTAR, collectively known as Johor Bahru City Centre or JBCC, will give new breath to Johor Bahru as the region’s up and coming commercial and financial centre. Having said this, under the tourism Entry Points Project (EPP), I once again believe it is the right time for Johor Bahru to become a metropolis of international standing.

 

Tuan-tuan dan puan-puan,

 

17. Adalah menjadi satu harapan besar bagi saya untuk melihat Johor Corporation terus menjadi satu badan korporat yang menjadi pendahulu kepada pertumbuhan ekonomi bukan sahaja di negeri ini malah seluruh negara selari dengan agenda transformasi nasional. Saya selaku Pengerusi Johor Corporation akan sentiasa beriringan dan memantau pencapaian badan ini.

 

18. Akhir kata, saya mengucapkan tahniah kepada Johor Corporation yang telah mengambil keputusan tepat dan bijak  untuk menjenamakan semula KOMTAR, dan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan rasa sukacitanya merasmikan Majlis Penjenamaan Semula Pembangunan KOMTAR.

 

Sekian. Wabillahitaufiq walhidayah, 

wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih.  

davispropertymanagement.com