Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN

 

 

  • Menyediakan baucer bayaran dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh tuntutan yang lengkap diterima untuk diserahkan kepada Bendahari Negeri Johor bagi tujuan pembayaran.

 

  • Memproses permohonan peruntukan pembangunan daripada wakil rakyat / jabatan/ pertubuhan dalam tempoh 10 hari bekerja.

 

 

  • Mengeluarkan waran peruntukan kecil kepada agensi-agensi pelaksana dalam tempoh 5 hari bekerja selepas mendapat kelulusan pegawai penguasa.

 

 

  • Memastikan permohonan kebenaran pindahmilik tanah/ pengambilan balik tanah/ hakmilik tapak rumah murah kerajaan/ membaharui tempoh pajakan tanah/ tanah oleh agensi kerajaan/ kebenaran memajak tanah/ kebenaran menggadai tanah kepada bukan agensi kewangan mendapat pertimbangan Y.A.B Menteri Besar Johor dalam tempoh 10 hari bekerja.

 

 

  • Setiap aduan mengenai Pejabat Menteri Besar Johor diambil tindakan segera manakala aduan lain disalurkan kepada agensi/ jabatan yang berkaitan dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh diterima.

 

 

  • Menjawab surat-surat undangan Y.A.B Menteri Besar Johor dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh surat diterima.

 

 

  • Menyediakan perutusan Y.A.B Menteri Besar Johor selewat-lewatnya 7 hari bekerja sebelum majlis berlangsung.
davispropertymanagement.com