1995 – 2013 : Tan Sri Dato' Haji Abdul Ghani Othman

Seorang lagi anak kelahiran Muar , diberi kepercayaan menerajui Negeri Johor.

Dilahirkan pada 14 November 1946 di pekan Sungai Mati, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Ledang dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Sekolah Tinggi Muar. Beliau mendapat biasiswa Colombo Plan untuk melanjutkan pelajaran di Australia. Peluang itu disempurnakannya dengan memperolehi Sarjana Muda Ekonomi dan Sarjana Ekonomi Politik.

Sekembalinya ke tanah air pada 1974, beliau menjadi Pensyarah di Universiti Malaya sehingga diberi kepercayaan menjadi Dekan Fakulti Ekonomi.

Beliau kemudian menapak dalam arena politik dengan lantikan Ahli Dewan Negara pada tahun 1984. Bermulalah kariernya daripada seorang ahli akademik kepada ahli politik. beliau kemudian memenangi kerusi Parlimen Ledang dan terus dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos dari tahun 1987-1990; diikuti sebagai Timbalan Menteri Kewangan serta sebagai Menteri Belia dan Sukan pada 1 Disember 1993.

Selepas itu beliau bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri dan dilantik sebagai Menteri Besar Johor yang ke 14 pada 5 Mei 1995.

 

davispropertymanagement.com