1986 – 1995 : Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin

Anak kelahiran Muar pada 15 Mei 1947 ini, mendapat pendidikan formal dalam bidang sastera dengan pengkhususan dalam bidang ekonomi di Universiti Malaya.

Kariernya bermula sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (bahagian latihan dan biasiswa). Beliau kemudianmenjadi Penolong Pegawai Daerah Muar, sebelum meletak jawatan untuk menerokai bidang korporat.

Antara jawatan yang pernah dipegang oleh beliau ialah Pengurus Penjawatan SGS Ates (M) Sdn. Bhd. (1974), Pengarah Urusan Sri Saujana BHd. (1974-1978), Pengurus Besar Sykt Equity Mal(Johor) Sdn. Bhd. (1974-1978), Pengarah Urusan Sergam Bhd. (1975-1977), Setiausaha Parlimen di Kementerian Luar Negeri (Mulai Julai 1981), Timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (Mulai Jun 1983). Beliau menjadi Menteri Besar Johor pada 13 Ogos 1986-1995. Beliau kemudian dilantik menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna(1995) dan jawatan beliau yang terkini sebagai Menteri Pertanian.

Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau di dalam parti ialah Naib Kerua Pergerakan Pemuda UMNO Bhgn. Pagoh (1974-1976), Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor (1974-1976), Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bhgn. Pagoh (1976), Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor (1982-1986), Exco Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor (1982-1986), Ketua UMNo Bhgn. Pagoh (Mulai 26.4.85 hingga sekarang), Naib Presiden UMNO Negeri Johor (1982-1986), Ketua UMNO Bhgn. Pagoh (Mulai 26.4.85 hingga sekarang), Naib Presiden UMNO (Mulai 4.9.93 hingga sekarang).

 

davispropertymanagement.com