1982 – 1986 : Dato' Abdul Ajib bin Ahmad

Dilahirkan pada 13 September 1947 di Segamat Johor, beliau memulakan persekolahannya di Sekolah Bukit Hampar dan merupakan bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang ekonomi.

Sebelum menjadi Menteri Besar Johor pada 27 April 1982, beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Tun Musa Hitam dari tahun 1975 hingga 1982. Beliau juga pernah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum kembali menerajui Johor. 

davispropertymanagement.com