1967 – 1982 : Tan Sri Othman bin Mohd Saat

Daripada seorang ahli perniagaan, beliau memegang tampuk pemerintahan negeri lebih 15 tahun. Dilahirkan di Muar pada 1927, beliau mendapat pendidikan Sekolah Melayu, Inggeris dan juga Arab.

Dalam pilihanraya 1964, beliau telah menang dalam pilihanraya. Beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO dalam tahun 1965 dan masih dapat mengekalkan kerusinya dalam tahun 1969. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Grand Prix Johor dan juga Pengerusi Pertubuhan Pengakap Johor dan dianugerahkan Pingat Semangat Rimba pada tahun 1970. Beliau juga diberi status “Doyen” Menteri-Menteri besar dan Ketua-Ketua Menteri Malaysia .

Beliau telah menyertai UMNO sejak parti itu ditubuhkan pada 1946 dan meningkatkan kerjayanya sehingga menjadi Menteri Besar ke-11. Beliau bersara pada tahun 1982.

 

davispropertymanagement.com