1947 – 1950 : Dato' Onn Jaafar

Seorang lagi anak Dato' Jaafar mengikut jejaknya. Tokoh yang tidak perlu diperkenalkan ini adalah anak ketiga Menteri Besar yang pertama.

Beliau mendapat pendidikan awal di Johor Bahru bersama-sama dengan putera-putera Sultan Ibrahim dan ikut serta belajar di England. Sekembalinya ke tanah air, beliau belajar pula di Maktab Melayu Kuala Kangsar.

Dato' Onn pernah menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor yang tidak berjawatan serta dilantik menjadi Setiausaha Sulit Tengku Mahkota Johor (Pemangku Raja).

Beliau kemudian bertukar ke Batu Pahat dan memegang jawatan Pegawai Daerah. Bermulalah perjuangannya menentang penubuhan Malayan Union. Namun, beliau adalah anak melayu pertama menerima Anugerah Sir dari Kerajaan British. Dilantik menjadi Menteri Besar pada 17 September 1947, ketika merayakan ulang tahun keputeraan Sultan Ibrahim.  

 

davispropertymanagement.com