1935 – 1947 : Ungku Abd. Aziz bin Ungku Abd. Majid

Seorang lagi Menteri Besar Johor yang mendapat latihan ketenteraan. Malah, beliau yang lahir pada 7 Ogos 1887, telah dihantar oleh Sultan Ibrahim ke England selama tiga tahun untuk melanjutkan pelajaran pada 1905.

Pada Mei 1909, Ungku Abd. Aziz memulakan kerjaya di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Pada 1919 beliau ditukarkan berkhidmat dalam pasukan askar Johor dengan pangkat Kadet dan pada akhir bulan Mei 1912, dinaikkan pangkat sebagai Leftenan Muda serta menjadi Pemangku Pengiring Sultan.

Pada awal bulan Ogos 1923, Ungku Abd. Aziz telah dinaikkan pangkat Mejar iaitu pegawai yang memerintah Pasukan Sukarelawan di Johor Bahru, sebelum menjadi Menteri Besar.

 

davispropertymanagement.com