1926 – 1928 : Dato’ Abdullah Jaafar

Bapa borek anak rintik, begitulah Dato' Abdullah mengikut jejak bapanya, Dato' Jaafar dengan menjadi Menteri Besar. Cuma, jalan ceritanya berbeza apabila beliau menjadi Menteri Besar Johor pertama menerima latihan ketenteraan.

Dilahirkan pada tahun 1875, beliau memulakan karier sebagai anggota tentera Johor berpangkat kapten pada 22 Februari 1897. Beliau juga dilantik terlebih dahulu memangku jawatan Menteri Besar mulai September 1922 sebelum diisytiharkan terus memegang jawatan itu pada Januari 1926. 

Beliau berkhidmat selama tiga tahun dan berpindah ke Singapura sehingga meninggal dunia pada 1934.

 

davispropertymanagement.com