1920 – 1922 : Dato’ Mohamed Mahbob

Dilahirkan pada tahun 1852, Dato' Mohamed pernah berkhidmat di Negeri-Negeri Selat dan berpengalaman luas dalam perkhidmatan pendidikan di Negeri Johor sebelum dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri pada 1902 dan akhirnya ke jawatan Menteri Besar pada 1920.

Daripada seorang inspektor pendidikan, beliau diberi kepercayaan memikul tugas demi tugas termasuk sebagai Presiden Jabatan Pelajaran Melayu, Pesuruhjaya Polis Muar dan Pesuruhjaya Kerajaan di Muar.

Apabila Dato' Jaafar meninggal dunia, beliau dilantik memangku jawatan Menteri Besar sebelum disahkan dalam jawatan pada 6 Julai 1920. Bagaimanapun beliau sempat berkhidmat selama dua tahun sebelum bersara pada September 1922.

 

davispropertymanagement.com