1886 – 1919 : Dato’ Jaafar Muhammad

Dilantik menjadi Menteri Besar Johor yang pertama oleh Sultan Abu Bakar pada 1886 sehinggalah meninggal dunia pada 1919. Beliau yang dilahirkan pada 1838 di Teluk Belanga, Singapura, amat tegas dalam menjalankan tugasnya sepanjang 33 tahun sebagai Menteri Besar.

Ini boleh diperhatikan melalui tindakannya mewajibkan semua pegawai British yang berkhidmat di Johor, supaya memakai pakaian rasmi Kerajaan Johor.

Selain itu, bendera Union Jack iaitu bendera kerajaan British, tidak boleh dikibarkan lebih tinggi dari bendera negeri Johor. Dato' Jaafar juga memastikan semua urusan surat-menyurat mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu.

Beliau juga mengubahsuai pakaian lelaki dan perempuan Melayu Johor, daripada bentuk asal rekaan Sultan Abu Bakar kepada yang ada pada hari ini.

Lebih penting, beliau bersama-sama Sultan Abu Bakar menggubal Undang-undang Tubuh Kerajaan untuk mengekalkan supaya Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor.

 

davispropertymanagement.com