MB QUOTES

Created: Thursday, 16 July 2015 05:10
Category: Agama Islam
Hits: 859

"Zakat Johor Blueprint"

Sudah sampai masanya kita mempunyai sasaran pungutan dan pengagihan zakat yang berorentasikan pencapaian dan mempunyai strategi pengagihan yang mampu menterjemahkan manfaat sebenar zakat kepada masyarakat. Sudah tiba masanya zakat menjadi elemen penting perbendaharaan Johor dan masyarakatnya.

 

Pengagihan yang boleh menggalakkan pertumbuhan industri kecil-mikro umpamanya. Ikhtiar inovatif sebeginilah yang akan mewujudkan ruang berdikari, mengurangkan kadar pengangguran dan akhirnya mampu merapatkan kesenjangan sosio-ekonomi.