MB QUOTES

Created: Wednesday, 26 November 2014 08:23
Hits: 321

Kutipan Hasil Negeri Johor Dijangka Mencecah RM1.5 billion

Pertumbuhan ekonomi Johor telah berkembang pada kadar 4.9% pada tahun 2013 melebihi kadar nasional iaitu 4.7%. Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan, bagi tahun 2013 Johor menjadi di antara penyumbang utama kepada momentum pertumbuhan nasional selain kawasan Lembah Klang. KDNK bagi negeri Johor telah merekodkan nilai sebanyak RM 72.28 bilion yang secara konsisten didominasi oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan.

 

 

Statistik terkini berkaitan pelaburan bagi sektor pembuatan, Johor yakin akan mengekalkan sekali lagi sebagai negeri yang mencatatkan nilai pelaburan tertinggi dan belum pernah di capai sebelum ini iaitu sebanyak RM 18.7 bilion sehingga Julai 2014 sekaligus mengatasi nilai pelaburan tahun 2013 iaitu RM 14.4 bilion.RM 12.7 bilion merupakan pelaburan langsung tempatan (DDI) dan RM 5.9 bilion merupakan pelaburan langsung asing (FDI).Johor juga mempunyai potensi dan kekuatan dalaman yang besar

 

Namun pertumbuhan ekonomi bukanlah segala-galanya. Saya sedar dan peka bahawa cabaran yang lebih besar ialah menangani ‘the multidimensional nature of inequalities’. Saya percaya rakyat lebih tahu apa yang mereka perlu dan mahu. Justeru, melalui idea aduan, saranan, harapan dan luahan rasa rakyat dalam Pelan Suara Hati Johor, satu pendekatan inovatif dalam membina muafakat dan pendekatan merakyatkan kerajaan, menyelami denyut nadi rakyat bagi memastikan pembangunan yang dirancang akan bersifat inklusif dan pengagihan secara adil dan saksama. Terutamanya semasa proses penggubalan dan pelaksanaan polisi yang memberi kesan besar kepada rakyat. 

 

Bagi memastikan prestasi pembangunan ekonomi di Negeri Johor kekal berdaya maju, Kerajaan Negeri kini di peringkat akhir penyediaan Pelan Pertumbuhan Strategik Negeri Johor bagi memastikan pembangunan yang lebih menyeluruh dan memanfaatkan lebih ramai rakyat Negeri Johor.

 

Allah Berkati Johor

 

Mohamed Khaled Nordin