Kehadiran dan suara ulama sentiasa ditunggu dan diperhatikan oleh masyarakat yang cintakan agamanya. Nasihat dan saling hormat-menghormati merupakan salah satu cara yang dapat mengeratkan lagi hubungan diantara dua golongan berkenaan.
Golongan ulama mestilah berintegriti, ikhlas, jujur, berpandangan luas dalam memberikan pendapat berlandaskan kebenaran tanpa dipengaruhi mana-mana pihak dan fahaman tertentu.