MB QUOTES

Created: Wednesday, 13 January 2016 01:39
Hits: 158

KEJATUHAN HARGA MINYAK TIDAK JEJAS PROJEK PIPC

 

KOTA TINGGI: Dua projek pemangkin di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) di Pengerang di sini, tidak akan terjejas susulan kejatuhan harga minyak dunia.

Dua projek itu, masing-masing oleh Syarikat Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dengan pelaburan berjumlah AS$27 bilion (RM116 bilion) dan Kumpulan Dialog-Royal Vopak-State Secretary Incorporated (RM9 bilion).

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kejatuhan harga minyak tidak memberi kesan kepada kedua-dua projek itu kerana pembangunan hab minyak dan gas di Pengerang lebih bersifat hiliran.

"Keadaan (harga) minyak tidak stabil, makin jatuh tidak akan menjejaskan pembangunan di Pengerang.

"Ketidakstabilan harga minyak mentah pada ketika ini lebih banyak memberi kesan kepada sektor huluan, manakala pembangunan di Pengerang ini lebih bersifat hiliran yang kurang menerima tempias daripada senario harga minyak ini.

"Jadi ia (kejatuhan harga minyak) tidak akan menjejaskan. Saya yakin projek ini akan diteruskan di Pengerang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan stesen minyak komersial PETRONAS di tapak Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di sini sebentar tadi.- BERITA HARIAN