MB QUOTES

Created: Saturday, 16 November 2013 02:32
Hits: 307

Bangunkan Kawasan Pertanian Unutk Kukuhkan Kedudukan Johor

Tanah terbiar di negeri ini akan dibangunkan sebagai kawasan pertanian dalam usaha mengukuhkan kedudukan Johor sebagai pengeluar makanan utama negara.Terdapat banyak tanah terbiar yang tidak digunakan dan berpotensi dijadikan sebagai kawasan aktiviti berasaskan pertanian tanaman bagi kegunaan industri berasaskan bioteknologi dengan kerjasama Malaysian Biotechnology Sdn. Bhd. (BiotechCorp) bagi mengukuh kedudukan sektor agrikultur di negeri ini agar kekal relevan.

 

Johor kekal sebagai peneraju utama negara dalam penghasilan buah-buahan, sayur-sayuran, ayam dan telur serta penggunaan tanah-tanah terbiar itu akan membantu negeri ini mengekalkan status tersebut.