KOTA ISKANDAR: Kerajaan Negeri akan mewujudkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Pengerang bagi mengurus pembangunan pesat yang akan berlaku di kawasan itu.

 

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata, perkara itu sudah mendapat kelulusan Kerajaan Persektuan dan Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan lanjut bagi melaksanakan perkara itu.

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, hadir pada Majlis Jamuan Makan Malam Ulang Tahun ke -35 Persatuan Pemborong Ikan Johor Bahru, di Grand Straits Garden Seafood Restaurant di sini malam tadi.

 

Ketika berucap pada majlis itu, beliau mahu Kerajaan Persekutuan mengkaji semula impak cadangan penamatan lesen pukat Tunda B dan pemberhentian subsidi diesel untuk nelayan.

 

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Johor, Untong Keri dan Pengerusi Persatuan Pemborong Ikan Johor Bahru, Goi Hong Kee.

KOTA ISKANDAR: Sepanjang tahun 2014, seramai 44 usahawan belia sudah menerima bantuan RM5,000 melalui Bantuan Usahawan  Perbadanan Islam Johor (PIJ).

 

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Dato’ Zulkurnain Kamisan, berkata, 80 penerima dijangka menerima bantuan yang sama tahun ini, membabitkan peruntukan berjumlah RM400,000.

KOTA ISKANDAR: Terdapat sejumlah 132 ambulan di seluruh Johor di mana 68 daripadanya adalah di hospital kerajaan dan baki 64 lagi di klinik kesihatan.

 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata, taburan bilangan ambulan mengikut daerah ialah 28 di Johor Bahru, 20 di Batu Pahat, 15 di segamat, masing-masing 12 di Muar dan Kota Tinggi,11 di Kluang, 10 di Mersing, masing-masing Sembilan di Pontian dan Ledang dan enam di Kulaijaya.

davispropertymanagement.com