PASIR GUDANG: Kerajaan Negeri komited melahirkan generasi Johor yang bersahsiah tinggi dengan menitikberatkan keseimbangan kedua-dua aspek pendidikan moden dan agama. Menteri Besar Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, pendidikan agama adalah satu asas penting dalam pembinaan masyarakat yang maju.

 

“Sistem pendidikan agama mampu menjana modal insan berkualiti serta mempunyai sahsiah yang tinggi….Benar pendidikan moden itu penting, dan ia perlu diseimbangkan dengan ilmu-ilmu Islam,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Badan Kebajikan di Sekolah Agama Permas Jaya di sini, semalam.

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) memperuntukkan RM10 juta bagi membeli bangunan untuk kegunaan pelajar Johor di Amman, Jordan.

 

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, MAINJ kini dalam proses mencari bangunan yang sesuai negara berkenaan. "Kita telah melihat keadaan pelajar di Jordan dan kita bercadang untuk membeli bangunan untuk kita menyediakan tempat kepada pelajar pelajar Johor di Amman.

JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri mahu memperkasa bidang keusahawanan di negeri ini dengan menjadikan ‘Keusahawanan Johor’ sebagai misi utama mengukuhkan daya saing ekonomi Johor.

 

Menteri Besar Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata untuk merealisasikan hasrat itu, Kerajaan Negeri melancarkan Pelan Pembangunan Strategik PKS Johor khusus untuk membangunkan sektor itu secara menyeluruh.

davispropertymanagement.com