Kota Iskandar, 30 Nov - Cadangan agar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang beragama Islam untuk menyumbang RM100 setiap bulan bagi Tabung Waqf disambut baik oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

 

Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, sumbangan itu akan dilakukan melalui potongan gaji setiap bulan untuk disumbangkan kepada tabung berkenaan.

Kota Iskandar, 30 Nov - Pihak Pembangkang dilihat tidak tulus dalam membentangkan usul mengenai harga tanah Rezab Melayu sebagai tidak kompetitif dan lebih murah di pasaran berbanding tanah lain.

 

Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, harga yang tidak terlalu tinggi ini sebenarnya mengingatkan pemilik agar tidak lekas untuk melepaskan pegangan tanah mereka hanya kerana tawaran harga yang tinggi.

PASIR GUDANG, 28 Nov - Seramai 6,500 golongan berpendapatan sederhana dan rendah akan diberikan kad keahlian secara percuma Kedai Harga Patut Muafakat Johor Koperasi Iskandar Malaysia Bhd (imCoop) pada tahun hadapan.

 

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM1.3 juta bagi membiayai kad keahlian mereka untuk membantu mereka menangani kos sara hidup yang tinggi.

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin meluangkan masa ke Majlis Penyerahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Hwa 2 serta Penyerahan Cek-cek kepada SJKC Seluruh Negeri Johor di Pemas Jaya, hari ini.
 

Beliau menyampaikan sumbangan berjumlah RM3 juta kepada wakil 88 buah sekolah SJKC di negeri ini bagi kegunaan menaik taraf infrastruktur sekolah.

Pasir Gudang, 27 Nov – Kerajaan negeri komited untuk membantu rakyat melawan peningkatan kos sara hidup dengan penyediaan pelbagai program dan inisiatif pro-rakyat yang lebih mapan, bersifat inovatif, dan memberi kesan jangka panjang.

 

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin meyakinkan rakyat bahawa kerajaan negeri tidak akan duduk diam mahupun sekadar membentangkan rancangan atas kertas sahaja tetapi akan lebih proaktif memikirkan cara terbaik membantu rakyat.

davispropertymanagement.com