JOHOR BAHRU, 6 Dis - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghadiri majlis tahlil yang diadakan di Masjid Abu Bakar di sini, malam tadi, berikutan kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.

 

Berangkat pada majlis itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta kerabat-kerabat diraja Johor.

KOTA ISKANDAR, 30 NOV -  “Johor tidak pernah memandang Selangor sebagai perbandingan dan suri teladan yang baik untuk Johor,” tegas Menteri Besar, Dato Mohamed Khaled Nordin  susulan dakwaan beberapa pihak yang mengatakan Bajet Johor 2016 yang dibentangkan baru-baru ini ditiru daripada Bajet Negeri Selangor 2016.

 

Menurutnya beliau, Selangor bukanlah  ‘standard ‘ yang dipandang oleh negeri Johor kerana Johor berada dalam liga yang berlainan dan tersendiri.

NUSAJAYA, 30 Nov –Jawatankuasa rentas parti bagi menangani isu air tak perlu diwujudkan di Johor kerana bekalan air berjadual hanya melibatkan beberapa kawasan di Johor.

 

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, cadangan mewujudkan jawatankuasa bipartisan itu hanyalah modal politik pembangkang untuk menarik populariti murahan.

KOTA ISKANDAR, 30 Nov - “Perbezaan idealogi politik tidak seharusnya menjadi penghalang kepada rancangan-rancangan pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat”, itu antara mesej yang disampaikan oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, ketika Ucapan Penggulungan di persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di Nusajaya, hari ini.

 

Beliau berkata demikian susulan respon positif daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Puteri Wangsa (PAS) yang menyifatkan Pembentangan Bajet 2016 baru-baru ini sebagai ‘begitu komprehensif’ dan ‘membawa kepada kesejahteraan Johor’.

davispropertymanagement.com