KOTA ISKANDAR: Kerajaan Negeri akan membangunkan Bandar Gelang Patah menjadi 'Bandar Perkhidmatan' menerusi Pelan Induk Pelancongan Negeri seiring dengan kepesatan Nusajaya yang menjadi destinasi pelancongan utama di negeri ini.

 

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Pelancongan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, bandar itu akan dilengkapi dengan kemudahan seperti hotel, tempat makan yang bersih, kemudahan kewangan dan kesihatan menerusi Pelan Induk Pelancongan Negeri Johor.   

PONTIAN:  Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk menaiktaraf dan melebarkan jalan Johor Bahru-Pekan Nenas-Pontian bagi kemudahan rakyat Johor khususnya penduduk Pontian.

 

Menteri Besar, Dato Seri Mohamed Khaled Nordin, Kerajaan Negeri akan membawa rancangan projek jalan sepanjang 43KM itu untuk dimajukan kepada Kerajaan Persekutuan untuk diberikan keutamaan.

KOTA ISKANDAR: Rakyat Johor kini berpeluang terlibat secara langsung ‘mencorakkan’ pembangunan Johor  dengan mengambil bahagian, menyuarakan pendapat, kehendak, jangkaan dan keperluan untuk dijadikan dasar yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Johor.

 

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata Kerajaan Negeri  mengambil inisiatif untuk mendapatkan maklum balas daripada rakyat bagi membolehkan kerajaan membuat tindakan berasaskan pandangan rakyat melalui satu kajian yang dinamakan Suara Hati Johor. 

KULAIJAYA: Guru Agama di negeri ini diseru memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah masing-masing.

 

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata guru yang mempunyai pengetahuan dalam bidang pedagogi berkaitan kaedah serta teori pengajaran dan pembelajaran, menyedari akan pengaruh teknologi ini terhadap proses pembelajaran anak-anak.

davispropertymanagement.com