BATU PAHAT: Ketua Masyarakat Tionghua diseru memperkasakan lagi peranan mereka bagi mengembalikan kepercayaan masyarakat  itu  kepada kerajaan.

 

Menteri Besar, Dato' Mohamed Khaled Nordin, berkata  peranan ketua masyarakat bukan hanya tertumpu kepada menyelesaikan masalah yang dihadapi, tetapi juga menyampaikan segala usaha yang dilakukan untuk membangunkan negara.

BATU PAHAT: Kerajaan Negeri memperuntukkan kira-kira RM36 juta bagi tujuan menaik taraf empangan dan kualiti air di daerah itu.

 

Daripada jumlah itu, RM14 juta dibelanjakan untuk menaik taraf Empangan Bekok, manakala RM22 juta lagi digunakan untuk membaik pulih persekitaran empang¬an itu agar keadaannya terpelihara.

 

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata perancangan yang dibuat dengan bantuan Kerajaan Persekutuan itu adalah bagi memastikan bekalan air bersih dapat disalurkan kepada penduduk sehingga tahun 2050.

JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri bersetuju untuk memansuhkan yuran keahlian di semua Perpustakaan Awam diseluruh Negeri Johor berkuat kuasa serta merta.

 

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata inisiatif ini dilakukan bagi menggalakkan seluruh masyarakat di Negeri Johor untuk berkunjung ke perpustakaan awam di samping dapat menyemai semangat membaca.

 

Katanya lagi, yuran itu bukan sahaja dikecualikan untuk rakyat Johor, tetapi juga rakyat dari negeri lain yang tinggal di negeri ini.

davispropertymanagement.com