NUSAJAYA: Dua sektor utama dikenal pasti dapat meningkatkan lagi kerjasama erat antara Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Negeri Kedah.

 

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, berkata dua sektor utama ini merangkumi perdagangan dan pelancongan yang dilihat mampu memberikan manfaat kepada ke dua-dua pihak, di samping beberapa sektor lain yang dikenalpasti  mampu mengeratkan lagi kerjasama antara negeri.

 

Katanya,  kerjasama yang bakal dijalinkan itu akan memberi tumpuan kepada pembangunan usahawan tempatan khususnya yang terlibat dengan industri kecil dan sederhana (IKS).

NUSAJAYA: Terdapat lebih 2,500 hektar tanah terbiar di Johor telah dikenalpasti untuk  dimajukan sebagai kawasan pertanian menerusi program Pembangunan Tanah Terbiar.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor Ismail Mohamed berkata tanah yang dikenalpasti  itu melibatkan 2,155 lot, milik 2,762 individu.

 

"Tanah terbiar bermaksud tanah darat atau tanah sawah berkeluasan 0.4 hektar ke atas. Ianya milik individu atau kerajaan dan rizab pertanian yang tidak diusahakan tiga tahun berturut-turut," katanya.

KULAIJAYA : Johor memperkenalkan Pelan Induk Pelancongan Negeri Johor bagi merancakkan lagi industri pelancongan di negeri ini.

 

Menteri Besar, Dato' Mohamed Khaled Nordin, berkata dengan adanya pelan itu, ia dapat mempromosi dan memasar produk dan perkhidmatan pelancongan Johor dengan lebih efisien.

 

"Kita mahu pelancongan negeri ini sebagai yang berimpak tinggi. Sebab itu kita bangunkan pelan ini menerusi kekuatan pelancongan yang ada di setiap daerah di negeri ini," katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya sempena majlis pelancaran Pelan Induk Pelancongan Johor 2014-2023 dan 'Explore Johor Fest' 2014, di Lapangan Terbang Antabangsa Senai, di sini, Jumaat lalu.

NUSAJAYA: Kes Denggi di Johor mencatatkan peningkatan sebanyak 2,050 kes sejak Januari hingga bulan lepas berbanding 1,123 kes bagi tempoh yang sama pada tahun lepas.

 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Ayub Rahmat berkata kadar kematian akibat denggi juga menunjukkan peningkatan dengan 12 kematian dalam tempoh lima bulan tahun ini berbanding lima kematian bagi tempoh sama tahun lepas.

NUSAJAYA: Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) yang akan dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor akan terdapat pindaan fasal khususnya peruntukan yang menyentuh peranan raja.

 

Menteri Besar, Dato' Mohamed Khaled Nordin berkata pindaan dilakukan selepas pihak berkuasa negeri mengambil kira tohmahan dan reaksi pelbagai pihak selain mahu memelihara sistem Raja Perlembagaan yang diamalkan selama ini.

davispropertymanagement.com