JOHOR BAHRU: Penganjuran Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun diharapkan mampu menjadi landasan terbaik kepada skuad hoki negara untuk meningkatkan  prestasi mereka.

 

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata walaupun Malaysia menduduki ranking ke-13 dunia, ia bukan penghalang kepada skuad negara untuk memenangi Piala Sulta Johor melalui pertandingan ini.

JOHOR BAHRU: Generasi muda diminta supaya memperkukuhkan diri dengan ilmu pengetahuan bagi menghadapi cabaran hidup masa hadapan.

 

Sehubungan itu, Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, meminta semua pihak yang berkaitan tampil ke hadapan dengan menganjurkan pelbagai progam berbentuk ilmiah sebagai bantuan dan sokongan kepada generasi muda.

BAKRI: Sokongan dan kerjasama dari ahli UMNO merupakan tunjung utama kekuatan parti dalam menempuh cabaran dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada pucuk pimpinan parti.

 

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata  sebagai sebuah parti  yang menjadi nadi utama rakyat, setiap ahli haruslah berdiri bersama pemimpin dalam mentadbir negara dan amanah yang digalas.

JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada enam kluster dalam pelan tindakan yang akan dirumus bagi menjadikan Johor sebagai hab kesihatan serantau.

 

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata enam kluster itu merangkumi perkhidmatan kesihatan, perkhidmatan sokongan, penjagaan orang tua, modal insan, perkilangan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).

JOHOR BAHRU: Semua badan berkaitan sukan di Johor diseru supaya mengutamakan sikap profesionalisme dan mengelakkan urusan peribadi dalam sesi pemilihan atlet.

 

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata dalam pemilihan atlet ini mereka haruslah mendahulukan atlet-atlet yang cemerlang dan berpotensi tinggi untuk menyumbang kepada negeri.

davispropertymanagement.com