KOTA ISKANDAR: Kerajaan Negeri akan membangunkan projek ternakan kerang-kerangan menerusi Jabatan Perikanan tahun hadapan bagi membantu nelayan pantai di negeri ini meningkatkan pendapatan mereka.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamed berkata, projek ternakan tiram, kupang dan kerang itu melibatkan peruntukan berjumlah RM1.5 juta.

KOTA ISKANDAR: Struktur tarif air sesebuah negeri adalah berbeza dan ia bergantung kepada kos pembekalan air negeri terbabit.

 

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, struktur tarif bergantung atas beberapa faktor seperti amaun subsidi kerajaan, perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan, liputan perkhidmatan bekalan air, kepadatan penduduk, keadaan muka bumi, kualiti air mentah dan lain-lain.

KOTA ISKANDAR: Sepanjang tempoh RMK-10, sejumlah RM3.3 juta diperuntukkan kepada Johor  untuk Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Asiah Md Ariff, berkata melalui skim itu, tiga program dapat dilaksanakan untuk membantu belia luar bandar terutamanya daripada golongan miskin dan miskin tegar.

JOHOR BAHRU: Pihak berkuasa agama di peringkat persekutuan dan negeri disaran untuk mewujudkan Jawatankuasa Pemikir yang mengkhusus dalam bidang dakwah.

 

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata penubuhan jawatankuasa ini adalah penting kerana ia menjadi pusat maklumat dan analisis kelompok masyarakat yang melaksanakan kerja dakwah secara khusus.

davispropertymanagement.com