KOTA ISKANDAR, 11 MEI:  Kerajaan berjaya menyiapkan 827 unit Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M) sepanjang empat bulan pertama tahun ini, umum Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Abd Latif Bandi pada Persidangan Dewan Negeri ke 13 di sini, hari ini.

 

Beliau berkata pembinaan unit-unit rumah itu telah dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), yang turut sedang menyiapkan 453 unit rumah yang sama di serata Johor.

KOTA ISKANDAR: Menteri Besar Johor Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata keluasan tanah rizab Melayu di negeri itu kini berjumlah 554,924 hektar, peningkatan sebanyak 29.2 daripada keluasan negeri Johor.

 

Perangkaan sehingga 30 April 2015 menunjukkan jumlah rizab itu meningkat sebanyak 6.4 peratus pada tahun ini, berbanding tahun lalu yang mencatatkan keluasan keseluruhan tanah rizab berjumlah 432,157 hektar.

JOHOR BAHRU: Pemimpin masa depan negara, terutamanya dari kalangan pemimpin mahasiawa bukan sahaja perlu berperawakan global, tetapi juga harus menjadi seseorang yang patriotik.

 

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata negara memerlukan pemimpin yang bukan sahaja mampu mengemudi negara tetapi juga mempunyai tahap kecintaan yang tinggi kepada tanah air.

KOTA ISKANDAR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu institusi kewangan memberi kelonggaran berkaitan pinjaman perumahan kepada golongan berpendapatan rendah supaya golongan itu mampu membeli dan memiliki rumah sendiri.

 

Tuanku bertitah, berdasarkan pengamatan baginda, permintaan terhadap pembelian hartanah masih melebihi penawaran, tetapi terdapat faktor lain yang menghalang pembeli dan pelabur, iaitu kesukaran untuk mendapatkan kemudahan pinjaman bank.

PASIR GUDANG: Kerajaan Negeri melalui Pejabat Menteri Besar memperuntukkan geran tahunan berlumlah RM6 juta kepada Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi pelaksanaan aktiviti dan program kesukarelawan.

 

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata, Kerajaan Negeri sedar kepentingan budaya kesukarelawan mampu membentuk masyarakat Johor yang berbudaya tinggi.

davispropertymanagement.com