KOTA ISKANDAR: Kerajaan negeri akan sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan infrastruktur dan keceriaan Taman Botani Johor, tegas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abd Latif Bandi.

 

Abd Latif berkata usaha sedang giat dijalankan bagi tujuan itu, dan Jabatan Landskap telah menyediakan bangunan Herbarium di kawasan taman ini.

KOTA ISKANDAR: Tindakan undang-undang telah diambil ke atas 49 kes pencemaran air dan udara yang dikesan di Johor sepanjang 2014.

 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 14 kes melibatkan pencemaran air, 17 (pembakaran terbuka), enam (asap hitam kenderaan) dan satu kes pencemaran udara daripada premis kilang.

KOTA ISKANDAR:  “Saya lihat isu ini sangat serius, tetapi kita masih mampu mengawalnya,” demikian tegas Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Abd Mutalip Abd Rahim ketika membahaskan titah menjunjung kasih pada Persidangan Dewan Negeri ke 13 di sini, semalam.

 

Abd Mutalip berkata kerajaan negeri memandang serius kegiatan fahaman agama yang melampau, dan ianya dilihat semakin serius sehingga ada yang menular di sekolah dan institusi pendidikan tinggi.

SKUDAI: Generasi muda Johor bukan hanya sekadar menjadi ‘pemerhati jauh’ sebaliknya mereka adalah pewaris yang menjadi sandaran dalam memimpin negeri pada masa hadapan.

 

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata generasi muda negeri harus menjadi detik nadi pembangunan bangsa yang seharusnya mencorakkan cerita dan perjalanan Johor.

KOTA ISKANDAR: Kerajaan Negeri terus mempergiatkan usaha menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan belia menerusi penganjuran Karnival dan kembara kerjaya. 

 

Selaras dengan peranannya selaku penghubung dan pemudahcara kerjaya bagi syarikat-syarikat penyedia peluang pekerjaan, usaha kerajaan sepanjang empat bulan lalu berjaya memberi peluang kerjaya kepada 1,486 orang.

davispropertymanagement.com