JOHOR BUKAN TEMPAT MENYEBAR SIFAT PERKAUMAN

JOHOR BAHRU, 16 Dis - "Johor tidak mempunyai tempat bagi mereka yang menyuntik dan menyebar kebencian pada kaum, agama, asal usul dan golongan tertentu", tegas Menteri Besar Johor, Dato' Mohamed Khaled Nordin, ketika berucap pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Permuafakatan Perpaduan Negeri Johor (MPPNJ).

 

Menurutnya lagi, Malaysia adalah sebuah negara yang berwajah majmuk dan kemajmukan ini adalah asas pembentukan tanahair dimana rakyat menerima dan menghormati kepelbagaian budaya dan adat resam serta tidak menggangap budaya satu kaum lebih tinggi dari budaya orang lain.

 

"Kesepakatan diantara kaum amat penting, terutama dalam era penuh cabaran apabila ianya semakin dibicarakan, malah dieksplotasi dan disalahgunakan. Apatah lagi dalam mendepani krisis serta suhu politik yang tidak menentu, ditambah pula dengan adanya mereka yang rasis dan chauvenis", katanya.

 

“Tiada tempat bagi mereka yang menutup keterbukaan dan hanya menerima pandangan sendiri sebagai kebenaran mutlak".

 

Tambahnya, "Kita bertuah kerana kemerdekaan negara tidak dikecapi dengan konflik persenjataan atau pertumpahan darah berpanjangan. Tetapi ditebus dengan semangat muafakat. Dipertahankan serta diisi dengan semangat muafakat".

 

Beliau turut mengumumkan 5 Agenda Muafakat Johor iaitu, penolakan kepada ‘ektremisme’, mengiktiraf kerencaman budaya, mengajak kepada toleransi, tolak ansur dan pendekatan sederhana, merekayasa sosial dan inklusiviti, dan muafakat  adalah identiti Johor.

 

Agenda muafakat tersebut akan dijalankan melalui 6 Landasan Utama Pelan Strategik Muafakat Johor iaitu melalui, permuafakatan ekonomi, pendidikan, sosio budaya, keharmonian dan persefahaman antara kaum, kesejahteraan dan keselamatan komuniti serta permuafakatan politik penganut agama.

 

Perlantikan Ahli Majlis MPPNJ dan Apreasiasi Muafakat Pemimpin Kawasan Rukun Tetangga Peringkat Negeri Johor ini misalnya adalah bukti komitmen kerajaan negeri dalam memperkasakan semangat muafakat di kalangan Bangsa Johor.

 

Bagi mengukuhkan program permuafakatan di Johor, Bajet Negeri Johor 2016 memperuntukkan pembinaan sebanyak 23 buah Dewan Muafakat Johor berjumlah RM70 juta.

davispropertymanagement.com