Permodalan Nasional Berhad (PNB) bayar zakat perniagaan RM12,724,800

Print

KOTA SKANDAR, 15 DIS- Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini membuat pembayaran zakat perniagaan bagi tiga tahun kewangannya kepada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), berjumlah RM12,724,800.00.

 

Menteri Besar Johor, Dato' Mohamed Khaled Nordin menerima pembayaran bagi pihak MAIJ itu daripada Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dalam satu majlis ringkas di Pejabat Menteri Besar Johor, dekat sini.

 

Penyerahan cek bagi tahun kewangan 2012, 2013 dan 2014 itu turut disaksikan Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Pengurusan Aset PNB, Dato’ Idris Kechot serta Ketua Pegawai Kewangan Kumpulannya, Dato’ Mohd Nizam Zainordin.