MB – “SELANGOR BUKAN SURI TELADAN YANG BAIK BUAT JOHOR”

KOTA ISKANDAR, 30 NOV -  “Johor tidak pernah memandang Selangor sebagai perbandingan dan suri teladan yang baik untuk Johor,” tegas Menteri Besar, Dato Mohamed Khaled Nordin  susulan dakwaan beberapa pihak yang mengatakan Bajet Johor 2016 yang dibentangkan baru-baru ini ditiru daripada Bajet Negeri Selangor 2016.

 

Menurutnya beliau, Selangor bukanlah  ‘standard ‘ yang dipandang oleh negeri Johor kerana Johor berada dalam liga yang berlainan dan tersendiri.

 

“Johor akan menjadi kuasa ekonomi baharu negara dan tidak perlu mencontohi Selangor dalam menjadi ekonomi paling maju sedangkan Singapura hanya 20 minit dari Johor Bahru”.

 

“Bajet Johor 2016 merupakan bajet yang mempunyai agenda yang terancang dan tidak pernah bercanggah dari perancangan sebelumnya”, katanya.

 

Ia merangkumi 5 kategori perkara utama iaitu projek Kerajaan Persekutuan, dan penambahbaikan program bantuan menangani kos sara hidup, Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan Keusahawanan Johor.

 

“Ketiga, idea-idea baharu seperti penubuhan Kedai Harga Patut Muafakat Johor (imCoop), diikuti memperbaharui perkara-perkara lama seperti penubuhan Tabung Waqf dan kelima adalah perkongsian perancangan seperti ikthtiar menjadikan Johor sebagai Pusat Tamadun Melayu Serantau.

 

Tambahnya, agenda yang melibatkan pembinaan kapasiti, bersifat inklusif, lestari, pro rakyat dan berkesejahteraan ini tidak pernah menjadi hak ekslusif mana-mana pihak seperti Selangor malah ia adalah isu universal dan merentas sempadan.

davispropertymanagement.com