MB CADANG ADUN SUMBANG RM100 SEBULAN BAGI TABUNG WAQF

Print

Kota Iskandar, 30 Nov - Cadangan agar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang beragama Islam untuk menyumbang RM100 setiap bulan bagi Tabung Waqf disambut baik oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

 

Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, sumbangan itu akan dilakukan melalui potongan gaji setiap bulan untuk disumbangkan kepada tabung berkenaan.

 

“Usaha ini adalah salah satu cara yang baik terutamanya berkaitan hal-hal kebajikan dan perlu diteladani oleh masyarakat Johor”, katanya ketika membentangkan Usul Penggulungan Bajet Johor 2016 pada Persidangan Dewan Negeri Johor yang ke-13, di Bangunan Sultan Ismail, di sini hari ini.

 

Sementara itu, Tabung Waqf Rakyat Johor akan ditubuhkan dan bakal diuruskan oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ) yang dilantik sebagai Nazir Khas Pembangunan oleh Majlis Agama Islam Johor (MAINJ).  

 

Ia merupakan instrumen yang perlu dibangun dan diuruskan secara profesional untuk membangunkan ekonomi, pendidikan dan kebajikan di Johor.