KEBAJIKAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) JOHOR DIJAGA

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin meluangkan masa ke Majlis Penyerahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Hwa 2 serta Penyerahan Cek-cek kepada SJKC Seluruh Negeri Johor di Pemas Jaya, hari ini.
 

Beliau menyampaikan sumbangan berjumlah RM3 juta kepada wakil 88 buah sekolah SJKC di negeri ini bagi kegunaan menaik taraf infrastruktur sekolah.

 

Turut disampaikan ialah sumbangan RM300,000 kepada Kolej Universiti Selatan serta RM300,000 kepada wakil 10 buah Sekolah Menengah Persendirian Cina(SMPC).
 

Hadir sama, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Chong Sin Woon.

davispropertymanagement.com