AMBANK SEDIAKAN RM300 JUTA UNTUK RUMAH MAMPU MILIK

NUSAJAYA, 24 Nov - Ambank Islamic Berhad akan menyediakan peruntukan sebanyak RM300 juta melalui Skim Pembiayaan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) yang akan mula beroperasi pada penghujung bulan Januari 2016.

 

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Abd. Latif Bandi, skim ini disasarkan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana dalam membantu golongan ini mendapatkan rumah idaman mereka.

 

"Masalah ini sering dihadapi oleh penerima RMMJ bagi jenis rumah Perumahan Komuniti Johor A yang berharga RM42 ribu dan Perumahan Komuniti Jenis B, yang berharga RM80 ribu kerana bank-bank komersil sukar meluluskan permohonan rumah di bawah harga RM100 ribu."

 

"Kerjasama ini merupakan salah satu langkah pro aktif kerajaan negeri dan Ambank Islamic Berhad dalam membantu rakyat johor memperoleh bantuan pembiayaan bagi rumah mereka".

 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Parit Raja, Pasir Raja dan Tanjung Surat dalam Mesyuarat Ketiga Bajet 2016 Penggal Persidangan Ketiga, di Dewan Negeri Johor, Nusajaya, hari ini.

 

Tambahnya, Majlis Profesor Negara (MPN) menerusi Resolusi Kongres Perumahan Negara 2014 turut mencadangkan penubuhan Bank Perumahan Negara bagi menyelesaikan massalaah kesukaran mendapat pinjaman perumahan yang berpunca daripada syarat-syarat bank yang ketat, pendapatan yang rendah, ketiadaan penyata gaji dan golongan graduan yang baru bekerja.

 

Dalam Bajet 2016 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebanyak RM200 juta peruntukan disediakan melalui Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama yang akan memberi manfaat kepada 46,000 pemilik rumah mampu milik

di Johor sehingga tahun 2018.

 

Kerajaan negeri juga mensasarkan untuk membina rumah mampu milik sebanyak 60,000 rumah menjelang 2019 yang merangkumi jumlah rumah yang akan dibina oleh kerajaan negeri dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

davispropertymanagement.com