KEDAI HARGA PATUT MUAFAKAT JOHOR (IMCOOP) BAKAL LEGAKAN BEBAN RAKYAT

 

KOTA ISKANDAR, 19 Nov – Johor yakin peruntukan belanjawan tahunan yang diumumkan hari ini bakal memberikan kelegaan kepada beban rakyat, khasnya golongan berpendapatan rendah di negeri itu.

 

Harapan itu disandarkan kepada rasionalisasi bajet yang padat dengan pendekatan inovatif dan mesra rakyat.

 

Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, salah satu strategi yang digunakan adalah dengan menawarkan rangkaian kedai runcit yang menjual barangan harga patut kepada para pengguna.

 

“Ia ditubuhkan melalui gerakan koperasi dan dikenali Kedai Harga Patut Muafakat Johor (imCoop). 

 

“Ahli-ahli koperasi yang terlibat boleh menikmati diskaun tiga peratus apabila membeli belah di situ,” katanya sambil menambah, sebanyak 20 buah kedai dijangka ditubuhkan di seluruh Johor.

 

Keistimewaan diskaun itu akan turut dirasai 6,500 orang golongan miskin dan berpendapatan rendah, apabila kerajaan negeri bersetuju membiayai saham keahlian koperasi kumpulan terbabit. 

 

Sebanyak RM1.3 juta diperuntukkan bagi tujuan itu, membabitkan 60 buah koperasi di Johor. 

 

Bagi merancakkan lagi pertumbuhan gerakan koperasi pelbagai kaum, seiring dengan

Program pembasmian kemiskinan pula menerima peruntukan berjumlah RM8.5 juta menerusi tiga program utama, iaitu Program Usaha Meningkatkan Pendapatan 40 Terbawah (B40), Program Transformasi Minda Insan dan Pembangunan Modal Insan.

 

Seramai 10 ribu pelajar golongan miskin di Sekolah Rendah Agama Johor (SRAJ) pula akan menerima bantuan makanan sihat, membabitkan peruntukan berjumlah RM4 juta.

 

Satu lagi inisiatif yang diumumkan pada belanjawan itu adalah Perkhidmatan Bas Percuma Johor Di Hatiku, yang dilebarkan jaringan perkhidmatannya di empat lagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

 

PBT terbabit termasuk Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) dan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu).

 

Sebanyak RM11 juta diperuntukkan bagi tujuan pelebaran perkhidmatan bas percuma itu.

davispropertymanagement.com