BAJET JOHOR 2016 TURUT FOKUS PEMBANGUNAN SYIAR ISLAM

Print

KOTA ISKANDAR, 19 Nov – Pembentangan Bajet Johor 2016, bertemakan Insklusif, Lestari dan Sejahtera Untuk Johor, turut meningkatkan syiar Islam menerusi pembangunan sistem wakaf dan transformasi pendidikan agama. 

Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, sejumlah RM45 juta akan diperuntukkan bagi tujuan pembangunan Islam di negeri itu.

Beliau berkata, wakaf akan dijadikan instrumen penting dalam memperkasakan ekonomi orang Islam, selain membuka ruang pendidikan dan menghakupayakan sistem kebajikan rakyat Johor.

“Peranan dan kapasiti kerajaan dalam pelbagai projek yang melibatkan pelaburan kewangan adalah terhad.  Justeru, kita mesti mencari naritif dan wahana baharu dalam membangunkan keberdayaan masyarakat,” katanya ketika membentangkan Bajet Johor 2016 pada Persidangan Dewan Negeri Johor yang ke-13 di Bangunan Sultan Ismail, di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata sistem wakaf perlu dibangunkan dan diuruskan secara profesional ke arah membudayakan masyarakat Johor dengan memaksimakan tradisi memberi dan menyumbang.

“Sistem dan institusi wakaf mempunyai potensi yang luar biasa, tetapi ia dipinggirkan dan tidak dikembangkan secara optimum.

“Ia perlu dibangun dan diuruskan secara profesional, serta menjana sumbangan kepada pendidikan, penyelidikan sains dan teknologi, pembangunan antarabangsa, budaya, sukan dan pelbagai ikhtiar kebajikan lain,” katanya.

Beliau berkata Tabung Waqf Rakyat Johor akan ditubuhkan dan bakal diuruskan oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ) yang dilantik sebagai Nazir Khas Pembangunan oleh Majlis Agama Islam Johor (MAINJ). Sejumlah RM5 juta akan diperuntukkan bagi Perbadanan Islam Johor Holdings (PIJH), anak syarikat PIJ, akan memperuntukkan sejumlah RM5 juta bagi tabung itu.

Sementara itu, pembinaan 77 buah sekolah agama terbengkalai yang diambil alih oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) akan melibatkan empat fasa dan dijangka akan disiapkan secara berperingkat menjelang 2017, melibatkan peruntukan berjumlah RM168 juta.

Kerajaan Negeri juga akan meneruskan pemberian sumbangan RM5,000 kepada setiap badan kebajikan di 564 buah Sekolah Agama Johor, membabitkan perbelanjaan berjumlah RM2.820 juta.  

Sekolah-sekolah agama Gred A pula akan menerima peruntukan penyelenggaran sebanyak RM4 juta, manakala RM5.5 juta diperuntukkan dalam program transformasi melalui Program Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Teknologi Digital (PPBTD) di sekolah agama.

 

 

 

Turut diberi perhatian, kenaikan elaun bulanan RM100 dan penerusan pemberian imbuhan tahunan bagi 1,850 guru Kelas al-Quran dan Fard