KAMPUNG PASIR GUDANG BARU, KAMPUNG KUALA MASAI DINAIKTARAF

 

PASIR GUDANG: Kerajaan Negeri berhasrat untuk membangunkan Kampung Pasir Gudang baru dan Kampung Kuala Masai sebagai salah satu pusat tarikan eko-pelancongan di dalam negeri.

 

Menurut Menteri Besar Johor, Dato' Mohamed Khaled Nordin, kedua - dua kampung ini berpotensi untuk dimajukan berikutan lokasi strategiknya sekaligus menaiktaraf kehidupan penduduk di kawasan ini yang kebanyakkannya berkerja sebagai nelayan.

 

Menurutnya lagi, "Ini merupakan salah satu daripada strategi dan matlamat Kerajaan Negeri dalam membantu memberi peluang kepada penduduk di sini untuk menambah hasil pendapatan.

 

"Kampung ini merupakan antara kampung tradisional di kawasan Pasir Gudang dan Kerajaan Negeri akan memastikan kampung - kampung sebegini akan terus kekal.

 

Pembangunan kedua dua kampung ini merupakan sebahagian daripada projek yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) sebelum diperluas ke seluruh Negeri Johor.

 

Sehingga kini, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM200,000 bagi tujuan pembinaan pasar nelayan yang akan membantu meringankan beban 100 keluarga nelayan di kedua - dua kampung selain membangunkan Sungai Rinting sebagai lokasi Pasar Terapung.

 

Beliau berkata demikian kepada media di majlis gotong - royong "Walkabout Khaled Prihatin dan Majlis Pelancaran PG Troopers" yang dianjurkan oleh Yayasan Pasir Gudang di Kampung Pasir Gudang Baru.

 

Tambahnya, setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di dalam negeri bertugas sepenuhnya dalam memastikan kebajikan rakyat terutamanya golongan yang tidak bernasib baik diberi perhatian.

 

"Setiap tahun setiap PBT akan ada surplus, surplus itu wajib disalurkan kepada yayasan untuk menjalankan program program membantu golongan yang tidak bernasib baik, kita tidak mahu hasil PBT digunakan semata mata untuk pembangunan fizikal.

 

10 buah rumah yang terdiri daripada golongan keluarga miskin dan kurang berkemampuan dipilih dalam fasa pertama pembaikpulihan ini dengan jumlah peruntukan sebanyak RM50,000.

 

"PG Troopers ini merupakan golongan sukarelawan dibawah Yayasan Pasir Gudang yang terdiri daripada 300 belia dan komuniti penduduk yang telah membantu bergotong royong mengagihkan pakaian, membaikpulih sistem pendawaian elektrik selain membantu membaikpulih rumah - rumah penduduk yang sediada".

 

Beliau yakin setiap hasrat dan matlamat kerajaan negeri akan lebih mudah dilaksanakan dengan adanya bantuan sukarelawan.

davispropertymanagement.com