Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru

Print

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memakaikan jubah kepada Datuk Bandar yang baru, Ismail Karim sempena Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Datuk Bandar Majlis Bandar Raya Johor Bahru di sini hari ini.

 

Dalam ucapannnya, Mohamed Khaled berkata,tugas Datuk Bandar bukanlah sekadar penjawat awam semata-mata kerana ia mempunyai hubungan secara terus dengan penduduk setempat.

 

“Hubungan secara terus itu secara tidak langsung membolehkan Datuk Bandar mendengar setiap denyut nadi rakyat ,” katanya.

 

Sementara itu katanya, cadangan untuk persempadanan semula 16 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Johor adalah langkah terbaik bagi memastikan peranan dan tanggungjawab PBT terus diperkukuh terutama sebagai pentadbir dan perancang pembangunan kawasan perbandaran.

 

“Ia juga diharap akan dapat memperkemaskan lagi urusan pentadbiran disamping meningkatkan kualiti perkhidmatan supaya menjadi lebih cekap dalam memberikan pelbagai perkhidmatan dalam memenuhi kehendak pelanggan, terutamanya pembayar cukai dan warga kota,” katanya.